Tuesday, October 12, 2010

TUHAN MASIH SAYANG AKU


Sesuatu yang tak pernah aku duga,iaitu pada awal tahun 2010 aku terpaksa meninggalkan segala sukan lasak sebab pada masa tu aku mengalami kemalangan yang terlalu teruk sepanjang kehidupan aku....masa tu aku tak sedarkan diri walau pun sekejap....aku rasa bagai nak mati....apa yang terlintas dalam hati pada masa tu,cuma terbayang alam kematian aja.....sempat jugak masa tu,aku berbisik pada rakan aku yang sama2 keluar dengan aku....aku berkata padanya,,''ambik tel dalam poket aku,nanti kau tel dengan girlfriend aku,cakap dekat dia aku tak dapat menunaikan impian untuk bersama dengan nye''...huhuuhuhuh...itu lah dia....memang terasa  nak mati sesangat time tu........apa pun,nasib aku masih bernyawa lagi walau pun aku terlantar 2 bulan 2 minggu di bilik time tu(makan gaji buta)....apa yang aku sedih,motosikal aku dah jadi aruah dah..huhuuuhuu.........sekarang ni,aku bersyukur pada tuhan,kerna memberi aku nafas sehingga ke hari ini....apa yang terjadi adalah pengajaran buatku..

AKU DAN DIA

Dunia percintaan.......hati aku pernah luluh kerana satu perpisahan yang teramat kejam bagi aku....beberapa tahun aku menyepi,takde sesiapa yang dapat membuka hati ini walaupun kadang kala ada saja yang cuba mengetuk pintu hati ini...namun,hati tak selalu sunyi apa bila aku mula berkenalan  dengan seorang yang aku hanya anggap teman chatting aku pada masa itu...aku mula mengenali nya di ruangan rp(rumah panjaikitai)...di situlah bermulanya detik detik perkenalan antara kami berdua.....hari demi hari..hati yang dahulu nye masih terluka kini terbalut kembali.....pada masa tu dia suka menolong aku segala hal dalam mengemas kini profil rp (rumahpanjaikitai) aku..dia memang baik hati...lama kelamaan...kisah cinta kami mula berputik...aku pun masih tak ingat,macam mana perasaan cinta terjadi...hihihihi...tapi ikhlas pada masa tu,aku telah jatuh cinta pada nya....masa tu tanggal 1 april 2009,iaitu tarikh di mana kami menetapkan tentang bermulanya dunia percintaan kami sehingga ke hari ini......tak dapat aku rasa betapa bahagia nya aku bersama dengan nya..tiada wanita yang faham hati aku selama ini...bagi aku,dia dapat tahu hati aku,perasaan aku,seolah-olah dia masak dengan perangai aku..hihihihi...apa-apa pun,itulah dia...winny joe,insan yang teramat aku sayangi sehingga ke hari ini..apa yang kami dua hajatkan adalah hidup bersama sehingga ke anak cucu......aku teramat mencintainya,love u winz.

KERJAYA AKU

aku mula membuat blog sendiri pada 12/10/2010....pada ketika ini umurku dah mencapai 26 tahun.....dalam tempoh itulah aku tak menyangka yang aku menjadi seorang tentera sehingga kini.apa yang aku banggakan juga aku memasuki bahagian pasukan payung terjun,atau lebih dikenali sebagai paratroopers....tak sangka aku dapat terjun dari langit yang begitu tinggi dan indah..kadang kala aku fikirkan itu cuma angan-angan dan bukan sebarang orang yang dapat terjun menggunakan payung dari pesawat...perasaan gementar memang ada...tapi seronok bila dapat melihat keindahan dari atas langit...

askar dari langit..!!! 

macam cendawan tumbuh

8 rejimen renjer diraja para


ini aku...yeaahhh...!!!




casting haruan