Sunday, April 29, 2012

TAHUN 2012



     Tahun 2012...ya..satu permulaan tahun yang begitu mencabar setelah sekian  lama berkhihmat sebagai perajurit para.pelbagai pengalaman yang aku lalui pabila masuk nya tahun 2012,memang mencabar..!!
     walaupun keringat yang keluar,penat lelah,namun tetap aku harungi dengan penuh tabah dengan hati yang amat gembira kerna selepas ini apa yang aku dan isteri tercinta impikan telah termakbul.Tgh bulan 5 ni aku akan pergi dari tanah melayu ni...cukuplah 8 tahun  aku berkerja dengan rakan seperjuangan dari awal 2004 hingga sekarang,macam-macam rentak kehidupan yang aku lalui bersama dengan rakan-rakan aku.....
     Posting sarawak.....mcm mana rasanya nanti aku berada di tempat baru?macam mana pentadbiran sana dan apa tugas baru yang akan aku pikul?? biarlah,itu semua belakang kira,janji aku dah tak berserabut pastu tak jauh dari bini..hehhhee...aku rasa bebas dah lepas ni,takde dah asrama bujang,katil bujang..hahahha....seronok nye rasa...walau apapun,bebudak radioman kat bilik dan yang lain-lain tetap aku rindu walaupun kekadang ada time buat aku sakit hati jugak dengan perangai mereka.hehehehe.......Harap tahun 2012 memberikan aku byk makna dalam kehidupan yang seterus dan seterusnya..moga rezeki kian bertambah.
        Aku tetap mcm ni,perangai aku ibarat angin,kejap kencang,kejap sayup..heheh...kekadang tu aku bawa kepala gila juga,tapi taklah seteruk macam zaman bujang dulu...aku sentiasa beringat,mana yang buruk atau yang baik.janji apa yang aku buat aku tak pernah kacau orang pun....
      Lepas ni,segala cita-cita aku.segala pendirian aku,aku akan lalui tahun demi tahun demi mengejar masa depan yang cerah bersama orang yang tersayang.Aku tetap aku...............

casting haruan